Modul Pendidikan Islam Tingkatan 2: Mencari Yang Halal di Kilang Beryl's


Mukadimah

Isu penamaan makanan halal dengan nama-nama yang seakan haram kembali menjadi topik utama di dada akhbar juga di media sosial kebelakangan ini. Cuma isu yang berlaku baru-baru telah menjadi satu fokus yang cukup hangat diperdebatkan dalam kalangan masyara’at Malaysia dan turut diketahui oleh media-media luar negara. Sedikit kesalahfahaman dalam isu ini akan membawa kepada pelbagai salahtanggapan terhadap institusi agama, Muslim dan Islam sendiri. Justeru, bagi memberi pencerahan dalam isu ini, kami ketengahkan Bayan Linnas terbaru bertajuk “Penamaan Makanan & Minuman: Status Halal & Isunya.

Diharapkan dengan Bayan Linnas ini akan menyelesaikan kemelut yang sedang melanda ini dan membina satu jambatan yang baik bagi hubungan antara masyara’at berbilang kaum, seterusnya menghormati dan memahami isu ini dengan pemahaman yang bersifat ilmiah dan jauh daripada sebarang sangkaan serta tuduhan yang akhirnya membawa kepada Islamophobia.


الْحَلاَلُ مَا أَحَلَّ اللهُ في كِتَابِهِ وَالْحَرَامُ مَا حَرَّمَ اللهُ فِي كِتَابِهِ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ مِمَّا عَفَا لَكُمْ

Maksudnya“Yang halal itu ialah sesuatu yang dihalalkan Allah SWT di dalam Kitab-Nya dan yang haram itu sesuatu yang diharamkan Allah SWT di dalam Kitab-Nya. Dan mana-mana yang didiamkan-Nya sahaja, maka ianya termasuk apa yang dimaafkan buat kamu.”





Surah Maryam:64

Comments